Isnin, 19 Disember 2016

kek lapis cadbury

Antara Bahan-bahan untuk membuat kek lapis Cadbury adalah seperti di bawah;
– 200g gula halus
– 1 sudu besar ovalette
– 2 1/2 cawan tepung superfine
– 1 sudu teh baking powder
– 500g mentega berkualiti
– 400g susu pekat
– 1 sudu teh esen vanila
– 150g coklat masakan (cairkan)
– 1 sudu teh chocolate emulco
– 2 kotak Cadbury milk chocolate (saiz mini)
– 10 Biji telur
Cara-cara membuat resepi kek lapis cadbury:
1.Anda perlu pukul telur dan gula hingga kembang selepas itu, masukkan ovalette.
2.Selepas itu, masukkan tepung dan baking powder yang sudah ditapis. Pukul adunan hingga sebati, pastikan anda mempunyai seorang pembantu dalam melaksanakan misi membuat resepi kek lapis cadbury ini.
3.Pukul mentega dan susu pekat dalam mangkuk berasingan hingga kembang & gebu. Masukkan esen vanila.
4.Anda perlu campurkan adunan tepung dan mentega tadi. Lepas itu, adunkan dengan mixer secara perlahan hingga sekata.
5.Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk.
6.Masukkan coklat cair dan chocolate emulco pada mangkuk pertama. Mangkuk yang satu lagi dibiarkan putih.
7.Panaskan oven gril pada suhu 190 darjah C.
8.Masukkan adunan coklat dalam loyang segiempat 9″X9″ untuk lapisan pertama. Bakar selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan putih dan susun coklat cadbury mengikut suka. Bakar dan ulangi proses melapis adunan berselang-seli hingga habis.
9. Kek akan masak dalam tempoh 2 jam. Sejukkan kek sebelum memotong.
Sekian sahaja resepi kek lapis cadbury pada kali ini. Semoga anda dapat melakukan resepi kek lapis Cadbury ini dengan jayanya.

Isnin, 17 Ogos 2015

Resepi Aiskrim Home Made

Assalamualaikum....lame da xtulis dlm blog nim...mklum la sibuk kerje...huhu~
ari nim sye nk kongsikan 1 lagi Resepi Aiskrim...tahun y lalu sye ad post resepi aiskrim..tapi yang nim sye rase sedikit senang...kenape??? jom tgok resepi dan care2 nyer...








Bahan-bahan..

1 Tin susu cair
1/3 tin susu pekat...(klu suke manis boleh tmbah lgi)
1 biji telur
1 sudu besar ovelate
1 sudu kcil esen vanila...

Cara-cara

-Campurkan kesemua bahan dalam blnder...dan blnder selame 15 minit...klu nk lgi gebu boleh        tambahkan mase 5 minit..
-Selepas da siap masukkan dlam bekas aiskrim atau ikut suke nk isi dlm bkas ape pun...
-masukkan dalam peti sejuk biarkan aiskrim dalam peti semalaman....
-esok pgi da boleh makan....


.:SELAMAT MENCUBA:.

Ahad, 22 Jun 2014

Kek Vanilla Coklat













Bahan-bahan :


·                     150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
·                     1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
·                     150 gm gula kastor
·                     5 biji telor gred A
·                     1 sudu besar ovalette(sye x isi pun..)
·                     80 ml susu segar
·                     80 ml minyak masak / mentega cair
·                     Perisa vanilla
·                     Coklat emulco
Cara-cara :

1.            Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2.            Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3.            Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4.            Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
5.            Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
6.            Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
7.            Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 
 UNTUK KRIM

·                     1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
·                       1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UNTUK TOPPING
·                     coklat taburr

Cara menghias kek

1.            Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
2.            Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
3.            Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

4.            Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Sabtu, 21 Jun 2014

agar-agar buah kristel..

Bahan bahan :-
3 biji buah kiwi(potong dadu)
2 biji buah mangga(potong dadu)
20 biji buah anggur(belah dua)
1 tin buah oren kupas
250 serbuk agar agar kristal lady's choice
700 ml air

Cara menyediakan:-
1.masukkan kesemua buah di dalam bekas.
2.masak air hingga mendidih.matikan api.
3.masukkan serbuk agar agar.kacau sebati.tuang kedalam acuan berisi buah buahan tadi.

kek aiskrim istimewa...

Bahan-Bahan: 8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai

Bahan-bahan A (untuk aiskrim):
40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat Bahan-bahan B (untuk aiskrim):
180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat

Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telur
Dipukul hingga pekat

Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar Cara: Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang. Masukkan badam halus dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung. Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua. Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya. Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam. Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.

Cara membuat aiskrim:
Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.

Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.

kek permaisuri

60g tepung gandum , ½ camt.perbuk penaik (diayak bersama)
60 g marjerin ,60g gula halus ,(diputar)
1 biji telur , ½ camt. Esen vanilla,  (dipukul bersama)
30 g buah-2an kering
Kaedah membuat
panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius
Alaskan petitin dengan mangkik kek kertas
Penyediaan adunan
Gaul buah-2an kering dengan sedikt tepung
Putar  marjerin  dan gula hingga kembang & putih
Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan .putar lagi
Ulang proses sehingga telur habis
Kaup balikkan tepung dengan sudu logam ,sedikit ke sedikit sehingga habis
Masukkan buah-buahan kering kacau rata
D .isikan adunan kek menggunakan sudu ke dalam mangkuk-mangkuk kek kertas
F. bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit hingga kek berwarna kuning keemasan
G. angkat & sejukka keatas redai kek
H.hidangkan

SUKATAN..

Sukatan bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter (sukatan adalah < kurang lebih >), harap dapat membantu....

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 lite