·
150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
·
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
·
150 gm gula kastor
·
5 biji telor gred A
·
1 sudu besar ovalette(sye x isi pun..)
·
80 ml susu segar
·
80 ml minyak masak / mentega cair
·
Perisa vanilla
·
Coklat emulco
Cara-cara
:
1.
Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul
hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak
kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2.
Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3.
Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di
ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4.
Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan
biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
5.
Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan
dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan
bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
6.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai
kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
7.
Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.
UNTUK
KRIM
·
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
·
1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar
sehingga tidak berketul2.
UNTUK TOPPING
· coklat taburr
1.
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan
sebahagian lagi kek di atasnya.
2.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
3.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi
keseluruh kek sebagai toppingnya.
4.
Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong