Antara Bahan-bahan untuk membuat kek lapis Cadbury adalah seperti di bawah;
– 200g gula halus
– 1 sudu besar ovalette
– 2 1/2 cawan tepung superfine
– 1 sudu teh baking powder
– 500g mentega berkualiti
– 400g susu pekat
– 1 sudu teh esen vanila
– 150g coklat masakan (cairkan)
– 1 sudu teh chocolate emulco
– 2 kotak Cadbury milk chocolate (saiz mini)
– 10 Biji telur
Cara-cara membuat resepi kek lapis cadbury:
1.Anda perlu pukul telur dan gula hingga kembang selepas itu, masukkan ovalette.
2.Selepas itu, masukkan tepung dan baking powder yang sudah ditapis. Pukul adunan hingga sebati, pastikan anda mempunyai seorang pembantu dalam melaksanakan misi membuat resepi kek lapis cadbury ini.
3.Pukul mentega dan susu pekat dalam mangkuk berasingan hingga kembang & gebu. Masukkan esen vanila.
4.Anda perlu campurkan adunan tepung dan mentega tadi. Lepas itu, adunkan dengan mixer secara perlahan hingga sekata.
5.Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk.
6.Masukkan coklat cair dan chocolate emulco pada mangkuk pertama. Mangkuk yang satu lagi dibiarkan putih.
7.Panaskan oven gril pada suhu 190 darjah C.
8.Masukkan adunan coklat dalam loyang segiempat 9″X9″ untuk lapisan pertama. Bakar selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan putih dan susun coklat cadbury mengikut suka. Bakar dan ulangi proses melapis adunan berselang-seli hingga habis.
9. Kek akan masak dalam tempoh 2 jam. Sejukkan kek sebelum memotong.
Sekian sahaja resepi kek lapis cadbury pada kali ini. Semoga anda dapat melakukan resepi kek lapis Cadbury ini dengan jayanya.