Khamis, 10 Mac 2011

karipap

A) Adunan pastri:
120 g tepung gandum , Sedikit garam (diayak  bersama)
45 -60 g marjerin sejuk beku
2 camb. Air sejuk
B) Inti :
100 g udang hidup  , 1 bijji kentang , 1/2 labu bawang besar(dipotong dadu)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari(dipotong  kecil)
½ camt. Serbuk kari
Sedikit garam
1 camb. Minyak
½ cawan air
1biji cili merah(hiasan)
Minyak masak  utk mengoreng
Kaedah membuat :
1. penyediaan inti

Bancuh serbuk kari dengan air
Panaskan minyak kemudian goreng bawang merah,daun kari & bancuhan serbuk kari  sehingga wangi
masukkan udang ,ubi kentang , garam ,bawang besar ,gula & air
 masak campuran itu sehingga ubi kentang empuk  & campuran menjadi pekat.
Angkat & sejukkan

2.Penyediaan pastry:
Ayak tepung & garam bersama -2
Potong marjerin sejuk beku kecil –kecil
Gaul ramas marjerin ke dalam tepung menggunakan hujung  jari sehingga mendapat  campuran seperti serbuk roti 
Masukkan air sejuk & kacau adunan sehingga menjadi doh yg lembut
3.canai pastry setebal 2 mm .terap menggunakan penerap bulat
4.bubuh inti ,lipat & kelim bahagian tepinya
5.panaskan minyak & goreng karipap  hingga kuning keemasan
6.angkat & hidang

kek choklet

Bahan-bahan:
50 gm tepung naik sendiri
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil serbuk kayu manis
250 gm gula perang
125 gm marjerin(cair)
2 biji telur(pukul ringan)
100 ml susu sejat
50 gm kismis
Cara menyediakan:
1.Satukan serbuk koko dan tepung.Ayak.
2.Masukkan serbuk kayu manis dalam tepung yang diayak.
3.Masukkan gula,kismis,marjerin,telur dan susu sejat.kacau sebati.
4.Alaskan acuan pembakar dengan kertas minyak dan digris.Tuangkan aduan ke dalam acuan.
5.Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 c selama 1 jam 15  minit.

aiskrim goreng...

BAHAN-BAHAN :

1 bungkus roti (x kisah besar atau kecil)

Serbuk roti

Aiskrim (suka hatila nak perasa apa)

4 biji telur (dipukul)

Sedikit air/susu

Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA-CARA :

1. Mula-mula, basahkan roti sikit dengan air/susu. Lepas tu masukkan ais-krim tapi jangan banyak sangat coz takut time goreng nanti terbuka. Agak-agak masukkan sebesar bola golf.

2. Tutup roti menggunakan air/susu tadi. Buat biar jadi bulat. Kalau kreatif lagi buatlah sesuka hati anda. Nak guna bekas karipap ke..

3. Lepas dah siap bentuk, golekkan dalam telur yang telah dipukul.

4. Dah siap celup telur, salutkan roti dengan serbuk roti pulak.

5. Panaskan minyak guna api sederhana.

6. Goreng roti tadi sehingga kekuningan dengan api yang sederhana jugak.


>>> enak makan panas-panas dengan air teh..
>>> kat dalam roti tu pun boleh kalau nak letak buah macam strawberi, anggur..kacang pun boleh..chocolate chips boleh..