Khamis, 10 Mac 2011

karipap

A) Adunan pastri:
120 g tepung gandum , Sedikit garam (diayak  bersama)
45 -60 g marjerin sejuk beku
2 camb. Air sejuk
B) Inti :
100 g udang hidup  , 1 bijji kentang , 1/2 labu bawang besar(dipotong dadu)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari(dipotong  kecil)
½ camt. Serbuk kari
Sedikit garam
1 camb. Minyak
½ cawan air
1biji cili merah(hiasan)
Minyak masak  utk mengoreng
Kaedah membuat :
1. penyediaan inti

Bancuh serbuk kari dengan air
Panaskan minyak kemudian goreng bawang merah,daun kari & bancuhan serbuk kari  sehingga wangi
masukkan udang ,ubi kentang , garam ,bawang besar ,gula & air
 masak campuran itu sehingga ubi kentang empuk  & campuran menjadi pekat.
Angkat & sejukkan

2.Penyediaan pastry:
Ayak tepung & garam bersama -2
Potong marjerin sejuk beku kecil –kecil
Gaul ramas marjerin ke dalam tepung menggunakan hujung  jari sehingga mendapat  campuran seperti serbuk roti 
Masukkan air sejuk & kacau adunan sehingga menjadi doh yg lembut
3.canai pastry setebal 2 mm .terap menggunakan penerap bulat
4.bubuh inti ,lipat & kelim bahagian tepinya
5.panaskan minyak & goreng karipap  hingga kuning keemasan
6.angkat & hidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan